«

»

Aug
25

Koleksi Soalan Karangan Percubaan SPM 2011

Koleksi  Contoh Karangan Respon Terbuka Kertas 1

  • Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi faktor penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal.  Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri untuk memasuki alam pekerjaan.
  • Keberkesanan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja.  Bincangkan.
  • Remaja pada hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti gotong royong.  Huraikan punca-punca berlakunya gejala ini.
  • Anda akan menyertai Pertandingan Pidato 1 Malaysia peringkat daerah yang bertajuk ‘Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja.  Sediakan teks pidato anda selengkapnya.
  • Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan permainan tradisional semakin dipinggirkan.  Sebagai remaja berwawasan, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional ini kembali.
  • Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.  Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
  • Perasaan saling menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk masyarakat penyayang.  Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang.
  • Pelajar disarankan menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa seperti penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, atau kemahiran bekerja secara berpasukan.  Sebagai pelajar, apakah persediaan yang perlu anda lakukan bagi menguasai sekurang-sekurangnya satu kemahiran tersebut.
  • Kebersihan bermula dari rumah.  Pernyataan ini mampu merangsang jiwa seseorang agar mencintai kebersihan.  Berdasarkan pernyataan ini, jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
  • Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai.  Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres Contoh karangan
  • Ibu bapa merupakan penentu kerjaya anak-anak pada masa hadapan.  Ulas pernyataan tersebut.
  • Pemuda harapan bangsa, pemudi  tiang negara.  Berdasarkan pernyataan ini, huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut.
  • Kegawatan ekonomi telah menyebabkan harga barang dan kos perkhidmatan meningkat.  Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar menjadi pengguna yang bijak.
  • Anda telah terpilih sebagai Tokoh Pelajar setelah anda berjaya memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.  Anda telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis meraikan kejayaan anda itu.  Tulis teks ucapan anda selengkapnya.
  • Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam kehidupan.  Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa mereka.  Contoh Karangan
  • Dasar 1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia untuk memastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan.  Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh murid apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Contoh Karangan
  • Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.  Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.
  • Teman anda dari luar negara ingin merancang percutian ke Malaysia.  Anda ingin membantunya untuk memilih tempat-tempat percutian yang menarik.  Tulis surat anda selengkapnya.
  • Hubungan kejiranan yang longgar turut menjadi faktor kepada peningkatan kes jenayah setempat.  Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengukuhkan semangat kejiranan.
  • Keluarga dianggap sebagai tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya dan pengaruh persekitaran.  Berikan saranan anda tentang  peranan keluarga dalam menjamin keselamatan ahli-ahlinya.
  • Buli, rempit, gangsterisme dan kegiatan samseng merupakan gejala yang amat sinonim dikaitkan dengan golongan remaja pada hari ini.  Sebagai remaja yang mempunyai wawasan diri yang utuh, cadangkan kaedah berkesan untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala seperti ini.
  • Pergaulan bebas dan sikap tidak mahu dikongkong sehingga membawa kepada perlakuan maksiat banyak menyumbang kepada berlakunya jenayah pembuangan bayi.  Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dan keluarga dalam usaha membendung masalah ini.
  • Guru merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka wajar diberi penghargaan.  Anda ingin menulis esei bertajuk “ Cara-cara Menghargai Jasa Guru” untuk dimuatkan dalam Buletin Khas sempena Perayaan Hari Guru sekolah anda.  Tulis esei itu selengkapnya.
  • Pengorbanan wanita amat besar terutamanya dalam membentuk modal insan yang cemerlang.  Jelaskan ciri-ciri wanita yang anda kagumi berdasarkan contoh yang terdapat dalam kehidupan anda.
  • Isu-isu tentang rasuah kerap dipaparkan dalam media massa dan media elektronik.  Bincangkan sebab-sebab berlakunya gejala rasuah dalam kalangan masyarakat.
  • Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah.  Bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk pelajar yang berdisiplin.
  • Sejak belakangan ini , penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa.  Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan kesan kepada pengguna.  Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Pemanasan global berlaku kerana aktiviti manusia atau atas faktor semula jadi.  Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan pemanasan global yang melanda dunia sejak belakangan ini.
  • Penggunaan Bahasa Melayu di negara kita agak terpinggir sejak belakangan ini.  Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu agar penggunaan nya dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
  • Anda ingin menyertai sayembara menulis cerpen remaja.  Tema cerpen tersebut adalah kasih sayang dan usaha yang berterusan pasti membuahkan kejayaan.  Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
  • Tulis satu karangan yang berakhir dengan “… biar apa pun yang berlaku, aku berjanji bahawa aku tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi”.

1 comment

  1. nur hidayah says:

    contoh karangan cara-cara menyayangi sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>