«

»

Sep
18

Analisis Soalan Kertas 1(B)

Soalan Percubaan SPM 2012

SUMBER NO
SLN
SOALAN 1
Individu
SKOR Berita Harian 1 Semua pelajar sekolah di negara ini wajib melibatkan diri dalam pasukan badan beruniform di sekolah.  Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam pasukan badan beruniform.  Tulis pendapat anda tentang pelbagai manfaat yang pelajar akan peroleh dengan melibatkan diri dalam kegiatan ini.
2 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.  Huraikan pendapat anda tentang peranan tersebut.
3 Perpaduan kaum sangat penting dalam menjamin kemakmuran dan kedamaian sesebuah negara.  Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh pelbagai pihak dalam mewujudkan perpaduan kaum di sesebuah negara.
4 Negara kita pernah menjadi tuan rumah untuk mengelolakan Sukan Komanwel dan sukan-sukan lain di peringkat Asean dan seterusnya di peringkat antarabangsa.  Huraikan kebaikan-kebaikan mengelolakan sukan atau permainan di peringkat antarabangsa kepada sesebuah negara.
5 Anda berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan menulis cerpen bersempena dengan Minggu Bahasa dan Budaya anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.  Tema cerpen yang anda pilih ialah ‘kegigihan’.  Tulis cerpen anda selengkapnya.
SBP 1 Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.  Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
2 Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak.
Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.
3 Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam sektor pelancongan. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan oleh akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Usaha-usaha untuk Memajukan Pelancongan Negara.”
4 Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.
Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang
berjiran.
5 Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh sekolah anda. Tema cerpen yang anda pilih ialah perpaduan kaum.
Tulis cerpen anda itu selengkapnya
Kedah 1 Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid. Jelaskan cara-cara anda mengharqai kasih sayang guru.
2 Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumah tangga terutama kepada anak-anak lelaki. Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara, iaitu memperkasa pelajar lelaki. Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
3 Peninggalan sejarah dan warisan budaya merupakan aset yang masih dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan generasi akan datang.  Sarankan lanqkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.
4 Hampir tujuh bilion perut di seluruh dunia semakin terasakan bahana kenaikan harga bahan makanan. Faktor yang menggusarkan masyarakat dunia ialah stok makanan semakin berkurang.
Bincangkan punca-punca kemerosotan bekalan makanan dunia.
5 Berdasarkan sebuah karya sastera yang anda baca, jelaskan
amalan- amalan baik yang sesuai dipraktikkan oleh masyarakat kini.
Pulau Pinang 1 Kerajaan mewajibkan program 1Murid 1Sukan di setiap sekolah.  Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah
2 Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan alam sekitar. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.
3 Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
4 Kerjasama antara negara di dunia dapat membantu meningkatkan pembangunan pendidikan di sesebuah negara. Bincangkan kerjasama antara negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan pendidikan
5 Kini, karya kreatif seperti cerpen dan novel oleh penulis-penulis muda semakin
berkurangan. Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam penulisan kreatif.
Kuching 1 Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020.  Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut.
2 Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula dari rumah.
Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.
3 Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan amalan
hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara kaum.
Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
4 Ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat telah menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita.”
Tulis rencana itu selengkapnya
5 Ibu anda menghadiahkan sebuah novel sempena ulang tahun kelahiran anda.
Berikan ulasan anda tentang keistimewaan novel tersebut.
Johor 1 Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.  Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut.
2 Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan
3 Kejadian jenayah semakin membimbangkan.  Tulis sebuah rencana yang bertajuk Tanggungjawab Masyarakat untuk Membanteras Jenayah
4 Setiap tahun kerajaan menghantar  pelajar kita untuk
menyambung pelajaran   di luar negara.  Bincangkan kebaikan dan keburukan belajar di luar negara
5 Anda telah menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perihalkan pengalaman anda semasa menyertai kursus tersebut.
Terengganu 1 Anda telah menyertai Program Motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti diadakan, jelaskan bagaimana program tersebut telah menimbulkan  kesedaran dalam diri anda untuk terus berjaya.
2 Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia
3 Dalam usaha menggalak dan mencungkil potensi murid dalan bidang sukan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan untuk dilaksanakan di semua sekolah.  Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di Sekolah.
Tulis rencana itu selengkapnya.
4 Kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat antarabangsa mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran masyarakat dunia.  Ulaskan pernyataan di atas.
5 Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadilkan pedoman dalam kehidupan oleh generasi muda pada hari ini.
Berikan pendapat anda.
Melaka 1 Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.  Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
2 Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.
Tuliskan wawancara itu selengkapnya.
3 Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat
4 Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia lebih rapat sehingga merentasi sempadan.
Ulaskan kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasi masyarakat dunia.
5 Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh
Berdasarkan rangkap sajak di atas, bincangkan usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
Pahang 1 Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.  Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.
2 Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.
Bincangkan.
3 Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya
4 Negara-negara di dunia hari ini menghadapi masalah pemerdagangan manusia yang semakin membimbangkan.
Jelaskan tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan tersebut daripada berleluasa.
5 Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.
Berdasarkan petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas, terangkan kepentingan menjaga maruah diri sendiri
WP Labuan 1 Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2 Semangat kejiranan belakangan ini semakin kurang diamalkan. Hal ini disebabkan oleh kesibukan bekerja walaupun jiran tetangga merupakan orang yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini.
3 Industri pelancongan membawa banyak faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.
4 Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Tajuk pidato anda ialah ‘Peranan Pemimpin-pemimpin Kuasa-kuasa Besar Dunia dalam Menjamin Keamanan Sejagat’.
Tulis teks pidato anda selengkapnya.
5 Anda telah membaca sebuah novel yang sarat dengan pengajaran dan ingin membuat ulasan tentang pengajaran dalam novel tersebut.
Tulis ulasan anda selengkapnya
Kelantan 1 Remaja kini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Tekanan yang dihadapi menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai.  Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk mengatasi tekanan tersebut.
2 Banyak pendapat menyatakan bahawa
masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga.  Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.
3 Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
4 Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti
perlumbaan kereta ‘Formula 1′, perlawanan bola sepak ‘Piala AFC’, dan perlumbaan basikal “Le Tour de Langkawi’ wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya.  Nyatakan faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.
5 Peribahasa ‘bukit sama didaki, lurah
sama dituruni’ menggambarkan bahawa semangat hidup bermasyarakat penting dalam kehidupan seharian.  Bincangkan manfaat semangat tersebut kepada masyarakat.
YIK 1 Sekolah anda berhasrat untuk melahirkan
‘Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia’.  Selaku Ketua Pelajar, anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan persekitaran fizikal.
2 Kebersihan sangat penting dalam
kehidupan.  Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
3 Suatu ketika dahulu, semangat kejiranan
menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita tetapi kini amalan murni ini semakin terhakis.  Bincangkan.
4 Krisis politik yang berlaku di sesebuah
negara bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada negara terbabit tetapi juga kepada negara-negara lain.  Jelaskan pernyataan terbabit.
5 Tema Seloka Si Luncai ialah sikap
negatif akan mendatangkan kerugian.  Sikap malas dan tidak bertanggungjawab mendatangkan kerugian kepada diri sendiri, masyarakat, negara, dan agama.  Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk apabila wujudnya masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Negeri
Sembilan
1 Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.  Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.
2 Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa
penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.  Tulis rencana itu selengkapnya.
3 Malaysia adalah antara destinasi
pelancongan yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.  Jelaskan faedah-faedah sektor pelancongan kepada negara kita.
4 Hubungan diplomatik yang telah terjalin
dengan negara luar banyak memberi kesan kepada sesebuah negara.Bincangkan kesan yang akan diperoleh sesebuah negara daripada hubungan diplomatik ini.
5 Masyarakat pada hari ini semakin
melupakan karya sastera tradisional.  Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan minat masyarakat terhadap karya sastera tradisional semakin berkurangan.
MRSM 1 Isu kebersihan terutamanya di kawasan
sekolah perlu diberi perhatian yang serius.  Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
2 Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa.  Ulaskan pernyataan ini.
3 Kebiasaan mengambil makanan segera
seperti burger, piza dan mi segera menjadi suatu trend dalam masyarakat Malaysia.  Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana yang akan disiarkan dalam akhbar tempatan yang bertajuk ‘ Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan’.  Tulis rencana itu selengkapnya.
4 Beberapa buah negara di dunia sedang
mengalami pergolakan politik dan peperangan yang berlarutan sehingga menyebabkan rakyat hidup sengsara. Olej itu, penglibatan Malaysia dan beberapa buah negara lain yang menganggotai misi keamanan dunia amatlah dipuji.  Jelaskan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menjayakan misi tersebut.
5 Penakek pisau seraut
Ambil galah batang lantabong
Seludang ambil ke nyiru
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terbentang jadikan guru
Puisi lama di atas menjelaskan kepentingan ilmu dan menyebarkannya kepada masyarakat.  Bincangkan.
Perak 1 Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.  Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.
2 Minat bersukan dalam kalangan remaja
pada hari ini semakin berkurangan.  Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.
3 Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia
menggunakan barangan buatan tempatan.  Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
4 Malaysia berpotensi untuk menjadi
destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini.  Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana tersebut ialah ‘ Usaha-usaha Menarik Minat Pelancong Asing Datang ke Malaysia’.  Tulis rencana itu selengkapnya.
5 Perwatakan watak utama dalam sesebuah novel yang telah anda baca banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.  Bincangkan.
Perlis 1 Remaja memberikan sumbangan penting
untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
2 Kempen galakan membaca yang
dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.  Huraikan tanggungjawab sesebuah negara untuk memupuk amalan tersebut.
3 Amalan berjimat cermat perlu disuburkan
dalam kalangan masyarakat untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini.  Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.
4 Kerjasama Malaysia dengan negara-
negara jiran amat diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang kini telah menjadi isu global. Bincangkan pernyataan tersebut.
5 Perumpamaan ‘bagai menatang minyak
yang penuh’ bermaksud ibu bapa yang mendidik anak-anak penuh perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah bagi.  Tulis sebuah cerpen bertemakan maksud perumpamaan itu.
Selangor 1 Keluarga, rakan sebaya, masyarakat, dan pendidikan agama dan moral memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
2 Kebanyakan anak hari ini dengan pelbagai masalah.  Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana tersebut ialah ‘Peranan Keluarga dalam Membantu Anak-anak Mengatasi Masalah’.  Tulis rencana itu selengkapnya.
3 Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin popular kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.  Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.
4 Pendidikan memainkan peranan penting
dalam memajukan sesebuah negara.  Huraikan kerjasama Malaysia dan negara-negara dunia dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.
5 Anda telah terpilih untuk mengulas sebuah novel bertemakan kegigihan sempena pelancaran program NILAM.  Tulis ulasan novel tersebut dengan lengkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>