«

»

Aug
25

Karangan 3 : Langkah mewujudkan perpaduan kaum

Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni.  Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi  huru hara dan tidak stabil.  Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi, politik dan sosial akan terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai pihak.  Hakikatnya, beberapa langkah proaktif boleh diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat.

Antaranya, rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama.  Sebagai contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke majlis rumah terbuka yang diadakan.  Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu semasa perayaan yang disambut oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami serta menghormati adat dan budaya suatu kaum.  Keadaan ini membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang lebih harmoni.

Selain itu,aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal.Hasilnya,kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa ’berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’.  Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan kemesraan antara kaum.  Pepatah ada mengatakan bahawa,’muafakat membawa berkat’,disamping menangani masalah secara bersama.

Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum.  Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.  Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana ’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.  Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri.  Negara juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara.

Seterusnya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah turut menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum.  Sebagai contoh,murid-murid dapat merancang dan membuat keputusan bersama bagi memajukan persatuan dan kelab masing-masing.  Mereka juga sentiasa berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan sesuatu aktiviti.  Murid-murid juga dilatih agar menghormati keputusan dan idea orang lain.

Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.  Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan berkembang dalam diri setiap anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka sama-sama menepis sebarang anasir yang boleh mengacau kemerdekaan negara.

Kesimpulannya, semua pihak tidak sewajarnya memandang enteng akan kepentingan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.  Justeru, perpaduan yang terbentuk perlu dikekalkan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.

 

Oleh : Mohd Fuad Zaini ( 5Ak2)

5 comments

  1. hantoo009 says:

    ia sangat membantu

  2. caithanya villashini says:

    karangan ini cukup bagus

  3. pravina says:

    super karangan this very usful 4 me

  4. pavithra says:

    karangan yang baik dan sangat berguna

  5. semanis kopi says:

    banyak idea boleh saya dapat melalui esei ni. bgus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>